bootstrap responsive templates

SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN

Kolej Komuniti Jempol
Kementerian Pendidikan Malaysia


Program Servis Kenderaan Ringan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.

2. Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.

3. Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.

4. Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.

PROSPEK KERJAYA
Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai
- Mekanik
- Juruteknik servis kenderaan
- Pengusaha bengkel servis
- Pengusaha bengkel tayar
- Pengusaha bengkel elektrik automotif
- Pengusaha kedai aksesori automotif

Kenapa anda WAJIB memilih kami?

Sepertimana sudah hampir 100,000 graduan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia memilih Kolej Komuniti

HANDS-ON

Pembelajaran banyak dibuat secara praktikal, tak jemu dibantu dengan ramai penysrah yang pakar

LALUAN ALTERNATIF

Jangan bimbang keputusan SPM anda, ramai dah pelajar KK masuk "U" berjaya jadi JUTAWAN pun ramai

Mobirise

DI IKTIRAF

Program pengajian di Kolej Komuniti diiktiraf oleh MQA

YURAN 3 ANGKA

Jangan tak percaya, yuran masih RM200 per sem  dengan kemudahan terbaik.

SYARAT MINIMA MASUK

Ini adalah syarat minima, lebih tinggi daripada ini pun boleh

 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

NANTI DULU !
RESULT SPM ANDA
TIDAK MEMENUHI
SYARAT MINIMA DI ATAS

USAH RISAU - USAH SEDIH - APA JUA KEPUTUSAN SPM ANDA!

KINI SEMUA LEPASAN SPM BERPELUANG SAMBUNG BELAJAR
KOLEJ KOMUNITI JEMPOL SEDIAKAN PROGRAM EKSKLUSIF UNTUK ANDA

*** PROGRAM BRIDGING *** PROGRAM BRIDGING *** PROGRAM BRIDGING ***

1

APA JUA KEPUTUSAN SPM ANDA

Tidak mengambil kira apa jua keputusan SPM anda, yang penting anda sudah mengambil SPM.

2

HANYA SATU SEMESTER SAHAJA - BRIDGING

Belajar satu sem sahaja, pastikan LULUS semua subjek dan selepas itu terus sambung SIJIL PENUH KK - SKR

3

ANDA JUGA LAYAK MENDAPAT BIASISWA

Jangan risau, belajar sungguh-sungguh, naik sahaja sem 2, anda layak memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (T7S)

4

BRIDGING INI DIIKTIRAF - BOLEH SAMBUNG DIPLOMA

Wahhh peluang sangat terbaik untuk anda, untuk sambung ke peringkat lebih tinggi

3

PROGRAM

Program teknikal dalam bidang Elektrik, Senibina dan Penyelegaraan Kenderaan yang mana telah mendapat pengiktirafan MQA

248

PELAJAR SEDIA ADA

Juara juara yang sedang bersama kami di Kolej Komuniti Jempol yang percaya kami mampu bantu ubah masa depan mereka lebih baik

734

GRADUAN

Lulusan Kolej Komuniti Jempol yang kini di serata Malaysia, ada yang dah sambung belajar, ada jadi usahawan

Jom! Daftar dan bersama kami

Alamat

Kolej Komuniti Jempol
Kementerian Pendidikan Malaysia
KM 5, Jalan Mahsan - Bahau
72100 Bahau
Negeri Sembilan


Contacts

Email: kkjns@kolejkomuniti.my                 
Tel: 019-666 4220