best free html templates

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

Kolej Komuniti Jempol
Kementerian Pendidikan Malaysia


SINOPSIS
Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.

Terdapat 4 modul bagi program iaitu Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan dan Kawalan Mesin Elektrik dan Pemasangan Elektrik Industri.

PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut :
Juruelektrik
Juruteknik Elektrik
Penolong Penyelia Elektrik
Usahawan

Kenapa anda WAJIB memilih kami?

Sepertimana sudah hampir 100,000 graduan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia memilih Kolej Komuniti

HANDS-ON

Pembelajaran banyak dibuat secara praktikal, tak jemu dibantu dengan ramai penysrah yang pakar

LALUAN ALTERNATIF

Jangan bimbang keputusan SPM anda, ramai dah pelajar KK masuk "U" berjaya jadi JUTAWAN pun ramai

Mobirise

DI IKTIRAF

Program pengajian di Kolej Komuniti diiktiraf oleh MQA

YURAN 3 ANGKA

Jangan tak percaya, yuran masih RM200 per sem  dengan kemudahan terbaik.

SYARAT MINIMA MASUK

Ini adalah syarat minima, lebih tinggi daripada ini pun boleh

 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

NANTI DULU !
RESULT SPM ANDA
TIDAK MEMENUHI
SYARAT MINIMA DI ATAS

USAH RISAU - USAH SEDIH - APA JUA KEPUTUSAN SPM ANDA!

KINI SEMUA LEPASAN SPM BERPELUANG SAMBUNG BELAJAR
KOLEJ KOMUNITI JEMPOL SEDIAKAN PROGRAM EKSKLUSIF UNTUK ANDA

*** PROGRAM BRIDGING *** PROGRAM BRIDGING *** PROGRAM BRIDGING ***

1

APA JUA KEPUTUSAN SPM ANDA

Tidak mengambil kira apa jua keputusan SPM anda, yang penting anda sudah mengambil SPM.

2

HANYA SATU SEMESTER SAHAJA - BRIDGING

Belajar satu sem sahaja, pastikan LULUS semua subjek dan selepas itu terus sambung SIJIL PENUH KK - SKR

3

ANDA JUGA LAYAK MENDAPAT BIASISWA

Jangan risau, belajar sungguh-sungguh, naik sahaja sem 2, anda layak memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (T7S)

4

BRIDGING INI DIIKTIRAF - BOLEH SAMBUNG DIPLOMA

Wahhh peluang sangat terbaik untuk anda, untuk sambung ke peringkat lebih tinggi

3

PROGRAM

Program teknikal dalam bidang Elektrik, Senibina dan Penyelegaraan Kenderaan yang mana telah mendapat pengiktirafan MQA

248

PELAJAR SEDIA ADA

Juara juara yang sedang bersama kami di Kolej Komuniti Jempol yang percaya kami mampu bantu ubah masa depan mereka lebih baik

734

GRADUAN

Lulusan Kolej Komuniti Jempol yang kini di serata Malaysia, ada yang dah sambung belajar, ada jadi usahawan

Jom! Daftar dan bersama kami

Alamat

Kolej Komuniti Jempol
Kementerian Pendidikan Malaysia
KM 5, Jalan Mahsan - Bahau
72100 Bahau
Negeri Sembilan


Contacts

Email: kkjns@kolejkomuniti.my                 
Tel: 019-666 4220